Advance Persistence Threat (Bahasa Melayu)
APT adalah serangan siber yang berlaku pada rangkaian (network), sistem, aset dan pelayan (server) oleh pihak yang cuba mendapatkan akses ke dalam infrastruktur yang disasarkan tanpa disedari, berterusan dan sukar dikesan sehingga waktu yang lama. Mensasarkan organisasi berkepentingan seperti syarikat kewangan, sistem pertahanan, jabatan dan agensi kerajaan serta infrastruktur kritikal sesuatu negara. Contoh yang kita boleh kaitkan kes serangan stuxnet yang disasarkan pada fasiliti janakuasa nuklear iran pada suatu ketika dulu, bermula dengan beberapa siri serangan daripada beberapa malware untuk mengumpul maklumat dalam proses melancarkan serangan. Malah banyak kes serangan APT yang telah dikenal pasti yang berlaku sehingga kini. Anda boleh rujuk disini untuk maklumat tambahan: FireEye Advance Persistence Group https://www.fireeye.com/current-threats/apt-groups.html APT merupakan serangan yang kompleks yang sukar dikesan kerana ianya sentiasa berub...